Kata-Kata Aluan Pengerusi Kejohanan



Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Merangkap Pengerusi Kejohanan

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pelaksana, Kontigen-Kontigen dan warga kerja UMT yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan Badan Berkanun Malaysia Kali Ketujuh, UMT 2011.Penganjuran acara sukan ini dilihat sebagai detik penting dalam mencetus pelbagai nilai yang baik dalam aspek pehubungan, persepakatan dan komitmen dalam memastikan agenda dan objektif SUKANUN dapat dicapai dalam suasana yang harmoni.

Seramai 6000 atlet dan 300 orang pegawai telah terlibat dalam 17 acara yang dipertandingkan dan UMT juga berasa bertuah kerana dapat memperkenalkan acara baru iaitu Pertandingan memancing. Sesuai dengan iklim fizikal UMT yang berada di pesisir pantai, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengadakan acara memancing yang berpotensi untuk menarik lebih banyak penyertaan. Perkembangan ini merupakan satu aspek yang positif dalam mempelbagaikan lagi acara sukan dan saya amat berkeyakinan bahawa ia akan mencetuskan lagi inovasi dalam sukan.

Penganjuran sukan ini diharap dapat memupuk ukkhwah yang baik dikalangan atlet dan saya berharap agar hubungan yang baik ini dapat dipanjangkan lagi selepas berakhirnya kejohanan.Semangat dan budaya kerja secara berpasukan dilihat sebagai satu ruang kepada atlet-atlet untuk membina kendiri yang unggul dan seterusnya membantu dalam memartabatkan masyarakat yang kompetitif dan terbuka.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ketua Agensi diatas sokongan padu melalui penyertaan yang aktif dalam kejohanan yang dianjurkan. dan juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Prof. Dato Dr Mohamed Mustafa, Penaung Kejohanan Sukan Badan Berkanun dan  Yang Berbahagia Prof. Dr. Aziz Deraman, merangkap penasihat kejohanan kerana telah mencurahkan idea dan pandangan dalam memastikan  kejohanan yang diraikan ini dapat dilangsungkan dengan lancar.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri, Ketua-Ketua Kontigen, Pengurus-Pengurus, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, Sekretariat dan juga pihak media kerana telah mempamerkan komitmen yang tidak berbelah bagi demi menjayakan kejohanan yang kedua terbesar di Malaysia ini.

Sekian, terima kasih.
Prof. Dr Yahaya Bin Ibrahim