Tajuk Pilihan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Sunday, 15/03/2015
Kongsi Artikel ini :“Bukannya pemimpin dan bukannya kita yang penting dalam satu perjuangan murni, tetapi matlamat akhir yang ingin dicapai-UMT yang unggul, cemerlang dan dihormati dalam tujahan ‘Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik’.
Itu adalah antara bait-bait mutiara kata daripada Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo tentang perjuangan dan hala tuju berpasukan UMT kearah mencari keunggulan.
Menyoroti kembali prestasi UMT pada tahun lepas. Membanggakan! UMT berjaya menempatkan kedudukan diantara yang cemerlang. Kecemerlangan ini telah dinilai dari segi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui penarafan SETARA oleh MQA dengan memperoleh Tier 5 (cemerlang) berbanding Tier 4 (sangat baik) pada penilainnya sebelumnya. Pencapaian ini membuktikan UMT berjaya meningkatkan sistem governans, proses pengurusan dan kualiti bakat akademik P&P dengan ketara. Bagaimanapun, usaha yang berterusan masih perlu dilakukan terutamanya bagi meningkatkan kualiti graduan dan tahap kepuasan mereka.
Tidak terhenti disini, kegembiraan berganda juga turut dirasai apabila UMT mendapat pengiktirafan autonomi dalam empat bidang utama iaitu; Governan Institusi, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar.
Secara amnya, autonomi ialah pemerintahan sendiri yang bila diterjemahkan dalam konteks universiti, ia menjelaskan maksud kuasa diberikan kepada sesebuah universiti bagi tujuan menjadikannya institusi berinovasi dan berdaya saing. Kerana, Pencapaian Tier 5 oleh SETARA dan Pengiktirafan autonomi ini bukan sahaja untuk menyaingi keperluan semasa semata - mata, malah lebih utama untuk menjadikan institusi lebih proaktif dan berkaliber.
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo yang dipetik dari buku beliau, Syarahan Tahunan Naib Canselor 2015 berkata “Masanya telah berlalu untuk mencapai kecemerlangan, sekarang kita perlu bekerja keras untuk memburu keunggulan”. Kerana menurut beliau juga, cabaran paling getir yang dihadapi oleh komuniti IPT Awam ialah gelombang globalisasi. Keupayaan, kemajuan dan pencapaian kita diukur oleh masyarakat daripada perspektif global.
Oleh itu, kepercayaan kementerian keatas UMT ini telah membuktikan UMT sememangnya dipercayai dan diperakui kemampuannya menjalankan amanah bagi melestarikan apa jua aspek pendidikan tinggi negara dan hasrat murni kementerian seharusnya dibalas dengan usaha UMT untuk mencari keunggulan sebagai kesinambungan kecemerlangan yang telah dirangkul. Bagi merealisasikan impian ini, Naib Canselor UMT menyarankan “kembangkan pembudayaan pemikiran mendahului zaman dan sentiasa berada di barisan hadapan ufuk ilmu”.
SYABAS UMT!
Oleh: Suryati Binti Salleh, CommID
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
“Bukannya pemimpin dan bukannya kita yang penting dalam satu perjuangan murni, tetapi matlamat akhir yang ingin dicapai-UMT yang unggul, cemerlang dan dihormati dalam tujahan ‘Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik’.