Rasional Logo, Maskot & Nama Singkatan

Muat Turun
Logo SUKANUN VII (.zip)

LOGO

  1. SUKANUN VII adalah singkatan daripada nama SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA.
  2. Huruf Roman VII pula adalah merupakan acara sukan kali yang ke-7.
  3. Lambang di sebelah kanan tulisan SUKANUN VII yang berbentuk api adalah melambangkan obor rasmi kejohanan.
  4. 3 lambang di atas obor adalah simbolik kepada atlet (atlet melompat keriangan meraikan kemenangan).
  5. 5 warna diterapkan dalam penghasilan logo iaitu:
    • Hitam bagi menyerlahkan imej UMT berada di Terengganu.
    • Merah pula menunjukkan semangat juang yang tinggi yang sentiasa membara pada atlet-atlet dalam mengejar kemenangan.
    • Biru mencerminkan nilai perpaduan dan simbolik kepada laut menjadi fokus utama UMT.
    • Kuning pula melambangkan UMT dinaungi oleh Raja/Canselor yang berdaulat dan berperlembagaan.
    • Hijau melambangkan kesungguhan dan keikhlasan setiap staf yang terlibat dalam menjayakan sukan.
    • Kombinasi semua warna ini akan melambangkan semangat perpaduan dan kerjasama antara staf melalui sukan

MASKOT

Hyppocampus

  1. Nama ini diambil sempena nama saintifik bagi kuda Laut iaitu Hyppocampus.
  2. Selain daripada itu juga, kuda laut menjadi salah satu bahan penyelidikan yang dijalankan di UMT.

Rasional rekabentuk maskot:

  1. Maskot yang dipilih adalah KUDA LAUT atau nama saintifiknya Hyppocampus. Ia berasal daripada kumpulan ikan. Perkataan Hyppocampus berasal dari bahasa Yunani iaitu hippos yang bererti kuda dan campus yang bererti raksaksa laut.
  2. Pemilihan maskot kuda laut ini adalah berdasarkan beberapa alasan sepertimana berikut:
    • Salah satu bahan penyelidikan yang dijalankan di UMT.
    • Kuda Laut merupakan seekor binatang yang amat unik iaitu merupakan satu-satunya binatang jantan yang dapat melahirkan anak.
    • Kuda laut merupakan binatang yang amat hebat kerana setelah dilahirkan terus dapat berenang di dalam air dan dalam umur sehari ia dapat menikmati makanan sepertimana induknya
    • Banyak syarikat terkemuka di dunia menggunakan maskot kuda laut seperti syarikat minyak gergasi Indonesia (PERTAMINA), National Society of Epilepsy di Amerika Syarikat dan sebagainya.
  3. Maskot ini divisualkan dalam bentuk kartun yang mempunyai kaki dan tangan. Manakala rupabentuk asal kuda laut masih lagi dikekalkan bagi menampak keasliannya.
  4. Maskot ini memakai jersi sukan rasmi UMT di dalam Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia dengan logo UMT di sebelah kiri dan logo Persatuan Badan Berkanun Malaysia di sebelah kanan.
  5. Maskot-maskot yang disenaraikan akan direkabentuk dalam bentuk karektor sukan yang akan diwakilinya. Di sini kami menyenaraikan beberapa contoh karektor maskot yang mewakili sukan masing-masing.
  6. 4 warna diterapkan dalam penghasilan logo iaitu:
    • Oren kekuningan merupakan salah satu warna asal Kuda Laut.
    • Hitam (lengan baju) bagi menyerlahkan imej UMT berada di Terengganu.
    • Merah pula menunjukkan semangat juang yang tinggiyang sentiasa membara pada atlet-atlet dalam mengejar kemenangan.Ia juga adalah warna rasmi UMT yang terdapat pada logo UMT.
    • Kombinasi semua warna ini akan melambangkan semangat perpaduan dan kerjasama antara staf melalui sukan.



OBOR RASMI

NAMA SINGKATAN

Sukanun VII

  1. Nama ini adalah singkatan daripada Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia ke-7.

 

Logo, Maskot, Obor & Nama Singkatan ini telah dihasilkan oleh Unit Multimedia, Web dan Produksi (MWP), Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Terengganu.